Hukum Berpuasa Sunnah Pada Hari ‘Arafah

Saturday 6 December 2008


Berpuasa pada Hari ‘Arafah90 dan Hari ‘Asyura hukumnya sunnah
kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Berpuasa pada hari ‘Arafah, aku mengharapkan dari Allah akan
menghapuskan dosa selama satu tahun yang telah berlalu dan satu tahun
yang akan datang. Berpuasa pada hari ‘Asyura aku mengharapkan dari
Allah agar menghapuskan dosa satu tahun yang telah lalu”. Hadis ini
sahih, diriwayatkan oleh beberapa orang perawi, antaranya dirawayatkan
oleh Imam Muslim 3/168. Abu Daud no. 2425. Ahmad 5/297. 311. Dan
Baihaqi 4/286.

“Dari Qatadah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam ditanya perihal berpuasa pada hari Arafah (tanggal 9hb
Zulhijjah). Baginda bersabda: Puasa pada hari itu dapat menghapuskan
dosa pada tahun yang lalu serta tahun yang akan datang”. Hadis sahih
riwayat Imam Muslim. Pada bab 227. “Keutamaan Berpuasa Pada Hari
Arafah, ‘Asyura dan Tasu’a”. Lihat: Riyadus Salihin. Jilid 2. Imam
Nawawi.
Melalui hadis di atas ini jelaslah bahawa berpuasa pada hari Arafah adalah sunnah
hukumnya.

Labels:

0 comments: