Hijrah Perjuangan

Monday 29 December 2008

Ahlan ya Muharram, hari ini sudah masuk bulan pertama bulan islam, semua diaharap tingkatkan keazaman menjadi yang terbaik di antara terbaik, berbanyakan amal dan ibadat, yang kurang tu, kita tambah...
Marilah sama2 kita menghayati peristiwa Hijrah Nabi kita sempena dibulan yang diambil menjadi bulan pertama didalam perkiraan kalendar Islam..inilah di antara tanda kehebatan Hijrah Nabi dan para Sahabat untuk umat sejagat...Hijrah itu telah mengajar kita erti perjuangan.

Hayatilah lirik : Hijrah Perjuangan
Album : Kedamaian
Munsyid : Zulfan
http://liriknasyid.com

Bermula satu muharram sebuah perjuangan
Hijrah nabi bersama sahabat muhajirin
Hijrahnya dari Mekah menuju ke Madinah
Demi agama Islam yang tercinta

Dengan kesabaran dan penuh keyakinan
Serta iman teguh teruskan perjuangan
Hijrah membentuk semangat perpaduan
Jua persaudaraan,lambang penyatuan umat di dunia

Dengan keikhlasan rela diri berkorban
Harta ditinggalkan nyawa di pertaruhkan
Tinggal kampung halaman ddengan satu tujuan
Mencari redho tuhan yang telah di janjikan

Lirik:Helmi/Zahid
Lagu:Sayuthi/Am

Labels:

0 comments: