Akhir dan Awal Tahun

Sunday 28 December 2008

Di sini saya ingin berkongsi Amalan Sunnah di akhir tahun dan diawal yang telah ditinggalkan oleh Nabi kita untuk kita mewarisinya. Diantara Amalan tersebut seperti di bawah.
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa berpuasa pada hari-hari itu, maka sungguh
dia telah mengakhiri tahun yang lalu dan membuka tahun mendatang dengan berpuasa dan Allah telah menjadikan/memberikan baginya tebusan dosa selama 50 tahun”. Dari Siti Aisyah bahawa dia berkata:”Sungguh Rasulullah “Alaihi Wasallam telah bersabda: Tidak satu hari pun yang disaat itu Allah memerdekakan/membebaskan para hambanya dari neraka lebih ramai daripada yang dia bebaskan pada hari Arafah”.Sabda Rasulullah s.a.w.: “Satu bacaan yang paling utama saya baca dan dibaca oleh para Nabisebelumku pada hari-hari yang 10 ini ialah: “Tidak ada Tuhan melainkan Allah dengan sendirinya”

Doa AKhir Tahun (Baca selepas Solat Asar)

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Selepas Sembahyang Maghrib membaca doa ini – Doa Menyambut Tahun Baru

Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Selamat Beramal, Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun lepas..,
Selamat Menyambut Maal HiJRAH 1430H
'HiJrah Adalah satu ~Anugerah Kembara Insan~'.
Kepada semua Muslimin dan Muslimat beradadi mana jua..

0 comments: