100 idea/cadangan baru untuk menolong Gaza

Thursday 29 January 2009

Penulis: Walid Al-Ilmi

Persoalan yang berkisar dalam minda pemilik hati yang beriman: Apakah yang dapat aku lakukan untuk membantu mereka yang berada di Gaza?

Saudaraku… Sekiranya anda ialah seorang doktor atau guru atau artis atau pekerja atau penuntut atau pelajar; lelaki atau perempuan, setiap daripada anda mempunyai peranan masing-masing, maka saya berharap agar anda dapat membaca kesemua peranan yang akan disenaraikan, kenal pasti yang mana satukah yang bersesuaian, kemudian kita laksanakan dan sebarkan sekadar yang termampu; mudah-mudahan anda akan tergolong di kalangan mereka yang berusaha untuk memenangkan Gaza:

1. Berpuasa paling kurang sehari dan doakan untuk saudara-saudara anda di Gaza tatkala berbuka.

2. Himpunkan keluarga anda dan dirikan Qiamullail(bangun malam) dan berdoalah kepada Allah untuk kemenangan Gaza.

3. Menderma walaupun RM 1 untuk pembaik-pulihaan Gaza.

4. Membuat kutipan derma daripada mereka yang berada di jalanan ataupun orang-orang kampung atau rakan-rakan sekerja untuk untuk pembaik-pulihan Gaza.

5. Menghubungi salah seorang daripada ahli Gaza; untuk memotivasikannya dan menaikkan semangat moral: 009708285 + apa-apa 4 nombor , atau 00972599 + apa-apa 6 nombor atau 009702599.

6. Menyertai institusi kewangan dan menyumbangkan kepada Gaza pertama-tamanya bagi setiap orang 10% daripada nilai penyertaan, duit itu dikumpulkan dan disumbangkan ke Gaza.

7. Boikot produk Zionis dan Amerika.

8. Mengedarkan senarai produk yang perlu diboikot kepada rakan-rakan dan kenalan-kenalan.

9. Menghantar mesej ringkas kepada mobil salah seorang di Gaza untuk memotivasikan dan menaikkan semangat moralnya.

10. Menyertai(pent: memanfaatkan) laman Facebook untuk memberi dorongan kepada ahli Gaza.

11. Menyertai(pent: memanfaatkan) laman Youtube untuk member dorongan kepada ahli Gaza.

12. Menghantar artikel/esei kepada salah satu akhbar berkenaan sokongan/bantuan kepada Gaza.

13. Mengarang syair/sajak tentang sifat-sifat Yahudi dan keperluan untuk menolong Gaza.

14. Melukis karikatur tentang menolong Gaza.

15. Mereka poster untuk menolong Gaza.

16. Melayari internet untuk mengambil tahu khabar-khabar tentang ahli gaza.

17. Menyertai(pent:memanfaatkan) "chat" dan bantu ahli Gaza.

18. Menziarahi rakan-rakan atau saudara-mara dan menbincangkan isu-isu perang Gaza.

19. Menghantar mesej ringkas doa atau permintaan untuk pertolongan ahli Gaza.

20. Menghantar emel doa atau permintaan untuk pertolongan ahli Gaza.

21. Memusnahkan/merosakkan laman web zionis di internet.

22. Mereka slogan untuk membantu ahli Gaza.

23. Mencipta lagu puisi beratian membantu Gaza.

24. Menyertai acara/aktiviti membantu ahli Gaza(muktamar-demonstrasi…dll)



Sambungan...Sila klik sini.



0 comments: